- Untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah
- Untuk mewujudkan siswazah tani komersil
- Siswazah menganggur yang berminat dalam sektor pertanian dan mahu menjadikan pertanian sebagai kerjaya sepenuh masa
- Aktiviti pengeluaran dan pemprosesan makanan merangkumi tanaman, perikanan dan ternakan
- Aktiviti huluan berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti pengeluaran benih ikan dan pengeluaran makanan ternakan
- Digalakkan projek yang cepat mengeluarkan hasil
- Pembiayaan merangkumi modal tetap dan modal kerja
Nilai Pembiayaan
Sehingga 100% daripada kos projek Had maksimum RM50,000
Tempoh Pembiayaan
Maksimum 6 tahun
Kaedah Pembiayaan
Pembiayaan adalah secara Al-Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 3.75% setahun
Bayaran Balik
Bayaran balik bermula apabila projek mengeluarkan hasil
Cagaran / Jaminan
Sekurang-kurangnya 1 orang penjamin yang berpendapatan tetap.
atau
dijamin oleh salah seorang daripada keluarga pemohon, samaada bapa, atau ibunya atau adik beradik atau sokongan daripada ketua kampung atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan.
Perlindungan Takaful
Peminjam individu dikehendaki mengambil takaful gadai-janji Kos premium boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pembiayaan.
Bayaran Pemprosesan
RM50 bagi pinjaman sehingga RM30,000 RM100 bagi pinjaman melebihi RM30,000
Yuran Guaman
Nilai bayaran guaman ialah 0.5% daripada nilai pembiayaan tertakluk kepada nilai minimum RM20
Sekuriti Deposit
Dikecualikan
- Sebarang pertanyaan dan permohonan pembiayaan Skim SUTKS boleh dibuat di mana-mana cawangan BPM atau Ibu Pejabat BPM
Try applying for it, don't give up by giving excuse you won't get it. Excuses will hinder our progress it does no good for anyone !
No comments:
Post a Comment